Thursday, January 11, 2007 |
HIJJAZ - Rindu |
HIJJAZ - Rindu
# FATAMORGANA
Pulanglah Pada Tuhan Cahaya Kehidupan Syarat Bahagia Di Dunia Akhirat Kekal Selamanya Pada Allah
Chorus: Sudah Menjadi Lumrah Kehidupan Di Dunia Cabaran Dan Dugaan Mendewasakan Usia Rintangan Dilalui Tambah Pengalaman Diri Sudah Sunnah Ketetapan Ilahi
Deras Arus Dunia Menghanyutkan Yang Terleka Indah Fatamorgana Melalaikan Menipu Daya Dikejar Dicintai Bak Bayangan Tak Bertepi Tiada Sudahnya Dunia Yang Dicari
Begitu Indah Dunia Siapa Pun Kan Tergoda Harta, Pangkat Dan Wanita Melemahkan Jiwa Tanpa Iman Dalam Hati Kita Kan Dikuasai Syaitan Nafsu Dalam Diri Musuh Yang Tersembunyi Pulanglah Kepada Tuhan Cahaya Kehidupan Keimanan Ketakwaan Kepadanya Senjata Utama
Ulang Chorus
Sabar Menempuh Jalan Tetapkan Iman Di Hati Yakinkan Janji Tuhan Syurga Yang Sedia Menanti Imanlah Penyelamat Dunia Penuh Pancaroba Hidup Akhirat Kita Kekal Bahagia
# RASUL JUNJUNGAN
Mari Berselawat Ke Atas Nabi Berselawat Ke Atas Rasul (2x)
Sallallah Hu Ala Muhammad Sallallah Hu Alai Hi Wasallam (2x)
Engkau Bagaikan Matahari Menerangi Seluruh Alam Engkau Bagaikan Bulan Purnama Menerangi Kegelapan Malam
Ya...Rasulallah Ya...Rasulallah Ya Habiballah (2x) Sallamun Alaik
Berselawatlah Ke Atas Nabi Moga Hidup Kita Diberkati Amalkan Sunnah Rasul Junjungan Moga Kita Mendapat Syafaat (2x)
c/o Rasulallah Pernah Besabda Ku Diutus Menyatu Ummat Juga Membawa Akhlak Mulia Contoh Tauladan Sebaik Ummat (2x)
# RINDU
Rindu Itu Adalah Anugerah Dari Allah Insan Yang Berhati Mulia Punyai Rasa Rindu Rindu Pada Kedamaian Rindu Pada Ketenangan Rindukan Kesejahteraan Dan Juga Kebahagiaan
Orang-Orang Bertaqwa Rindu Akan Kebenaran Kejujuran Dan Keikhlasan Keredhaan Tuhannya Orang Mukmin Merindukan Anak-Anak Yang Soleh Isteri-Isteri Yang Solehah Keluarga Yang Bahagia
Para Pencinta Kebenaran Rindukan Suasana Masyarakat Yang Terjalin Aman Dan Sejahtera Merindukan Tertegaknya Kalimah Allah Di Muka Bumi Dan Dalam Merindukan Keampunan Tuhannya
Dan Seluruh Ummat Itu Merindukan Cahaya Yang Menyinari Kehidupan Rindu Kepada Tuhan
# RINTIHAN
Biar Berlinangan Air Mata Ku Takkan Hentikannya Biarkan Ia Menyembuh Luka Hilanglah Rasa Duka
Tidak Ku Termampu Merentasi Liku-Liku Oh Sungguh Ku Tak Mampu Menghadapi semua Itu Oh Sungguh Ku Tak Upaya
Jangan Dibiarkan Jerih Perih Kehidupan Bisa Meleraikan Iman... Kan Hancur Semuanya Walaupun Menitis Air Mata Darah Tak Bisa Merubah Segalanya Melainkan Taubat Nasuha Moga Kan Diterima...
Chorus: Namun Ku Percaya Masih Ada Kesudahannya Kerana Allah Itu Maha Kaya Maha Mendengar Rintihan Hamba-HambaNya Kerana Sesiapa Bertaqwa KepadaNya Pasti Akan Ada Jalan Keluarnya Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka Cukup Allah Baginya Berkuasa Segala-Galanya Terima Seadanya
# RUMAHKU SYURGAKU
Suami Perlukan Belaian Dari Isteri Yang Penyayang Yang Dapat Melayani Dan Menghiburkannya Serta Pandai Mengurus Rumah Tangga Itulah Harapan Suami
Isteri Juga Sangat Mengharapkan Suami Yang Penyayang Bertanggungjawab Dan Berhikmah Dalam Mendidik Anak-Anak Akan Bahagia Dan Tenang Apabila Ibubapanya Berkasih Sayang Bertanggungjawab Mengasuh Dan Mendidik
Ibubapa Bahagia Kalau Anak-Anaknya Menyayangi Mentaati Dan Memuliakan Mereka Rasa Kasih Murni Antara Suami Isteri Boleh Rosak Jika Masing-Masing Tidak Berakhlak
Cinta Murni Antara Anak-Anak Dengan Ibubapanya Diikat Kuat Oleh Cinta Tabii Yang Semulajadi Akan Punah Jika Tidak Disuburkan
Cinta Suci Akan Subur Apabila Ada Iman Dan Akhlak Yang Mulia Iman Dan Akhlak Mulialah Menjadi Penyebab Membentuk Keluarga Yang Bahagia Dan Berkasih Sayang... Sehingga Lahirlah Masyarakat Penyayang Dan Negara Makmur
Hasil Daripada Keistimewaan Kasih Sayang Dalam Rumah Tangga
# SELAMAT PENGANTIN BARU
Bila Dua Hati Dah Terjalin Selamatlah Pengantin Kami Doakan Moga Redha Allah Bersinar Selalu Tanda Bermula Bahtera Hidup
Dalam Melayari Bahtera Rumahtangga Ada Masa Tenang Dan Masa Gelisah Jangan Nafsu Diikut Melulu Sabar dan Kemaafan Itu Perlu
Beginilah Resam Manusia Tak Lari Dari Ketentuan Ilahi Suami Ketua Isteri Pembantu Melangkah Hidup Saling Berpadu Susah Dan Senang Hadapi Bersama Moga Kekal Ke Anak Cucu
Moga Kekal Hingga Ke Syurga
# SENANDUNG PUJIAN
Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah... Maha Suci Allah
Hebat Sungguh Ciptaan Allah Sifat Kudrat Nya Amat Terserlah Hanya Pada Nya Kita Berserah Pada Nya Jua Mohon Maghrifah
Bersyukur Selalu Pada Ilahi Agar Selalu Diberkati Balasan Syukur Ditambah Lagi Orang Bersyukur Tak Akan Rugi
Yakinlah Kita Kepada Allah Kerana Janji Nya Tidak Berubah Cabaran Hidup Jangan Mengalah Bila Diuji Harus Tabah
Untuk Agama Kita Berbakti Sesama Insan Terus Berbudi Berkasih Sayang Jangan Berdengki Jagalah Maruah Dan Peribadi
Ajaran Islam Mari Hayati Ingat Selalu Pesanan Ini
# TANPA AGAMA
Tanpa Agama Manusia Binasa Tanpa Ilmu Manusia Buta Tanpa Iman Manusia Sengsara Tanpa Ukhuwah Manusia Terseksa
Ada Agama Datangnya Pelita Ada Ilmu Datangnya Harta Ada Harta Datangnya Derma Ada Ukhuwah Datangnya Saudara
Agama Tuhan Dapat Membina Pekerti Tinggi Budi Mulia Seluruh Dunia Negara Dan Bangsa Aman Sentosa Damai Bahagia
Agama Islam Agama Yang Suci Mari Bersama Kita Hayati Untuk Mendapat Keredhaan Ilahi Mudah-Mudahan Kita Diberkati
Tiada Tuhan Kecuali Allah Tuhan Yang Esa Lagi Pemurah Nabi Muhammad Utusan Allah Hindarkan Dari Jalan Yang Salah
# UNTUK TUHAN
Kerakusan Pada Duniawi Terbuang Suci Budi Keegoan Melampau Batasan Hilang Kemanusiaan
Luka Parah Isi Dunia Tangan-Tangan Penuh Dosa Hukum Tuhan Sedar Segera
Obor Islam Yang Marak Membara Serata Ruang Dunia Sunnah Nabi Kian Dituruti Dihidupkan Kembali
Janji Tuhan Pasti Berlaku Kebatilan Kan Berlalu Indah Islam Kan jadi Nyata
chorus:
Marilah Kita Berganding Tangan Bersatu Tenaga Tegakkan Syiar Islam Hidup Bahagia Diredhai Tuhan Akhirat Kan Kekal Di Syurga
Teguhkan Iman Di Dalam Diri Tetapkan Amalan Pada Ilahi Segala Cabaran Tabahkan Hati Janji Tuhan Iman Taqwa Kita Dibela
Tiap Saat Masa Yang Berlalu Bertambah Usiamu Tetap Pergi Tak Kembali Lagi Rebutlah Saat Ini
Di Dunia Yang Sementara Pergunakan Sebaiknya Untuk Tuhan Pencipta Kita |
posted by izali @ 1:29 AM |
|
|
|
|
About Me |
Name: izali
Home: Shah Alam, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Shoutbox |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
Links |
|
Powered by |
Isnaini Dot Com
|
|